suria

Sokongan Terhadap BN Semakin Memuncak – Najib

HULU LANGAT: Sokongan yang semakin memuncak terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat sebagai satu lagi petanda jelas untuk kemenangan pada pilihan raya umum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada penduduk di sini.

"Keadaan angin kini bertiup kukuh ke arah Barisan," katanya sebelum menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir pada Proggram Nurani Rakyat di sini, Ahad.

Beliau berkata, rakyat lebih menjurus menyokong BN kerana mereka sedar janji-janji Pakatan Rakyat yang tidak ditunaikan.

"Keyakinan dalam Barisan telah meningkat dan semakin memuncak," katanya, sambil menambah bahawa beliau menyedari terdapat sambutan positif ketika melawat Telok Kemang, Negeri Sembilan, pada malam Sabtu.

Najib menyampaikan bantuan wang tunai dan bantuan berjumlah RM7 juta kepada seramai 3,528 mangsa dan mengumumkan peruntukan RM7.5 juta untuk kerja-kerja tebatan banjir.

Beliau berkata, projek tebatan banjir jangka panjang untuk Hulu Langat memerlukan pengambilan tanah untuk pembinaan takungan air.

Mengenai langkah-langkah jangka panjang itu, katanya, akan dijalankan dengan lebih baik dijalankan apabila Selangor diambil alih oleh Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat.

Artikel Lain