suria

Tan Sri Mazlan Nordin Ikon Dunia Penulisan & Kewartawanan - Rais

Allahyarham Mazlan Nordin
Mazlan Nordin
Mazlan Nordin

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menyifatkan Tan Sri Mazlan Nordin, yang kembali ke rahmatullah pada Khamis, sebagai ikon dunia penulisan dan kewartawanan.

"Penulisannya sering mencerminkan sifat dan watak kesederhanaan tetapi tajam," katanya dalam entri Facebook beliau pada Khamis.

Rais berkata Allahyarham merupakan jurnalis berperibadi gigih yang melalui karier yang sangat produktif.

Beliau berkata dunia kewartawanan akan sentiasa menilai tinggi keperibadiannya yang ulung.

Katanya penulisan Mazlan melalui Utusan Malaysia dan jasanya sebagai bekas Pengerusi Bernama akan sentiasa dikenang dan dihargai.

"Jasanya melalui penulisan yang berbahasa Melayu dan Inggeris akan sentiasa dikenang," katanya, yang secara peribadi kehilangan seorang rakan lama.

Mazlan, 86, meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Allahyarham meninggalkan lima orang cahaya mata iaitu empat lelaki dan seorang perempuan serta empat orang cucu. - BERNAMA

Artikel Lain