suria

Laungan "Kami Sayang Shahrizat" Di Perhimpunan Wanita Umno

KUALA LUMPUR: Sebahagian anggota pergerakan Wanita Umno melaungkan "Kami sayang Shahrizat" dan "We want Shahrizat" (Kami mahu Shahrizat) pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Laungan itu sebagai tanda sokongan itu kepada ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 3 petang.

Kira-kira 8,000 anggota Wanita Umno hadir pada majlis berkenaan yang turut disertai oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Taklimat yang disampaikan oleh Najib itu adalah mengenai pelbagai isu termasuk pengunduran Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau tiba pada pukul 3.45 petang.

Turut hadir, ketiga-tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia diadakan secara tertutup.

Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Pengunduran itu berikutan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu, khususnya daripada Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Artikel Lain