JAS Buat Persiapan Awal Hadapi Musim Panas & Kering - Semasa | mStar

JAS Buat Persiapan Awal Hadapi Musim Panas & Kering

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang melaksanakan program pencegahan kebakaran di tanah gambut sebagai langkah pencegahan dan persiapan awal menghadapi musim panas dan kering.

Ia melibatkan beberapa kawasan tanah gambut berisiko tinggi berlaku kebakaran di enam negeri iaitu Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah, kata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan pada Jumaat.

"Program ini merangkumi aktiviti pembinaan sekatan saliran dan telaga air tanah bagi tujuan mengawal paras air di kawasan tanah gambut, serta pembinaan menara tinjau bagi pemantauan secara berterusan sebarang aktiviti pembakaran terbuka," katanya.

JAS melaksanakan program itu dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perhutanan Semenanjung serta Jabatan Perhutanan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.

Sehingga 19 Mac, 320 kes pembakaran terbuka dikesan dengan 56 kompaun dan 23 notis arahan dikeluarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Orang ramai diminta membantu memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada pihak bomba di talian 03-8888 0036 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka pengaruh La Nina/El Nino akan kembali kepada keadaan neutral mulai hujung April, menyebabkan keadaan cuaca di negara ini kembali normal atau menjadi lebih kering di sesetengah tempat.

Dalam laporannya pada mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan semalam, JAS turut berkata pengaruh Monsun Barat Daya akan berlaku dan menyebabkan cuaca panas dan kering bermula Mei hingga September.

Mesyuarat kali pertama jawatankuasa itu bagi 2012 dipengerusikan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Cuaca lebih kering daripada normal di Sarawak dan Sabah dijangka berlaku pada Julai, manakala Selangor dan Negeri Sembilan serta sebahagian daripada Sarawak dan Sabah dijangka mengalami cuaca serupa pada Ogos.

Keadaan cuaca yang panas dan kering dijangka boleh menyebabkan peningkatan aktiviti pembakaran secara terbuka yang jika tidak dikawal boleh menyebabkan jerebu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain