suria

Beri Banduan Belajar Kemahiran Kraftangan - Titah Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Banduan di penjara dan pusat tahanan wajar diberikan peluang untuk mendalami dalam bidang kemahiran kraftangan, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya pada majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan pada Khamis, baginda bertitah adalah wajar sekiranya banduan dihantar mengikuti latihan intensif dalam seni pembuatan kraf ketika mereka ditahan.

Baginda berharap Kraftangan Malaysia dapat memberikan khidmat mereka dalam menggalakkan banduan tersebut mendalami teknik serta ilmu dalam bidang kraftangan.

"Ini akan dapat menjadikan mereka seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kraftangan serta menyumbangkan hasil kraftangan tersebut kepada masyarakat dan negara," titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menggesa Kraftangan Malaysia menjali kerjasama dengan usahawan kraftangan dalam mengukuhkan industri tersebut agar ia dapat memberikan pulangan kepada negara.

Selepas itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lindustri kraftangan di Malaysia telah memberikan pulangan yang besar pada tahun ini, dijangka mencecah lebih daripada RM30 juta.

Hari Kraftangan yang sedang akan berakhir pada 2 April ini.

Artikel Lain