suria

Najib Lawat Negeri Sembilan Sabtu Ini

SEREMBAN: Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri beberapa program di sekitar Port Dickson dan juga Sikamat di sini.

Lawatan Perdana Menteri dijadual bermula pada 11 pagi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, bagi menyempurnakan majlis penyerahan rumah rakyat kepada penghuni yang terpilih, katanya di sini, Rabu.

Ini disusuli dengan jamuan 1Malaysia di padang awam Port Dickson.

Katanya pada sebelah petangnya pula, Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat, bagi memenuhi janjinya sebelum ini untuk bertemu penduduk kawasan itu.

"Program itu dijangka berakhir kira-kira pukul 5 petang sebelum Perdana Menteri berlepas pulang," kata Mohamad. - BERNAMA

Artikel Lain