suria

Ban Ki-moon Kagum Komitmen Malaysia Tangani Tibi

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon berkata beliau kagum dengaan komitmen Malaysia menangani penyakit batuk kering (Tibi), penyakit kedua paling banyak meragut nyawa golongan dewasa di dunia.

Ketika melakukan lawatan ke Institut Perubatan Respiratori di Jalan Pahang di sini Khamis, Ban memuji Kementerian Kesihatan kerana menyediakan perkhidmatan klinikal secara percuma kepada pesakit Tibi.

"Saya puji Kerajaan Malaysia kerana membantu pesakit Tibi di sini dan ramai yang lain lagi. Kerajaan memberi perkhidmatan dan rawatan percuma kepada mereka. Ini sesuatu yang luar biasa," katanya kepada pemberita pada akhir lawatan itu.

Ban, yang diiringi isteri Ban Soon-taek, dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, lawatan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan dalam badan dunia itu mulai 1 Jan 2007.

Beliau dan rombongan, yang dianggotai pegawai dan petugas PBB, tiba pada Rabu.

Ban dan isteri mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan dua pesakit yang menjalani rawatan di institut itu.

Mereka diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam ucapannya, Ban menyeru masyarakat global supaya meningkatkan kerjasama untuk memastikan semua penduduk dunia bebas daripada penyakit Tibi serta kesan buruknya.

"Berjuta-juta kanak-kanak kehilangan ibu bapa, manakala kanak-kanak yang berdamping dengan anggota keluarga yang sakit, berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini.

"Amat ramai yang tidak mendapat rawatan kerana penyakit Tibi dalam kalangan kanak-kanak sukar untuk dikesan dan dirawat. Sebab itulah, pada tahun ini, kita perlu meletakkan sasaran untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana penyakit ini memberi kesan terhadap kanak-kanak," katanya.

Ban berkata 46 juta pesakit Tibi berjaya disembuhkan, manakala tujuh juta nyawa dapat diselamatkan sejak 1995 hasil usaha PBB, kerajaan, doktor, kumpulan masyarakat sivil dan anggota masyarakat lain.

Pada 2011, 8.4 juta manusia dihinggapi Tibi, manakala 1.4 juta menainggaal dunia akibatnya.

Dua puluh dua negara menjadi tempat kediaman 80 peratus daripada jumlah pesakit Tibi di dunia, empat daripadanya terletak di wilayah Pasifik Barat iaitu Kemboja, China, Filipina dan Vietnam.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Liow berkata jumlah kes Tibi di Malaysia mencatat peningkatan kecil 64 bagi setiap 100,000 penduduk pada dekad lepas kepada 72 bagi setiap 100,000 sekarang.

Beliau berkata pekerja asing merupakan 10 peratus daripada 20,666 penghidap Tibi di negara ini.

Pada 2011, 8.4 juta manusia dihinggapi Tibi manakala 1.4 juta meninggaal dunia akibatnya.

Dua puluh dua negara menjadi tempat kediaman 80 peratus daripada jumlah pesakit Tibi di dunia, empat daripadanya terletak di wilayah Pasifik Barat iaitu Kemboja, China, Filipina dan Vietnam.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Liow berkata jumlah kes Tibi di Malaysia mencatat peningkatan kecil 64 bagi setiap 100,000 penduduk pada dekad lepas kepada 72 bagi setiap 100,000 sekarang.

Beliau berkata pekerja asing merupakan 10 peratus daripada 20,666 penghidap Tibi di negara ini.

Lawatan Ban ke institut itu adalah sempena memperingati Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 mac setiap tahun. - BERNAMA

Artikel Lain