suria

DAP: Perbalahan Karpal -Dr Ramasamy Berakhir

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy sudah berakhir.

Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng dalam kenyataan pada Rabu berkata, isu itu diselesaikan selepas mesyuarat diadakan antara beliau, Karpal, veteran parti Lim Kit Siang dan penasihat seumur hidup Dr Chen Man Hin, pada malam Selasa lalu.

Perbalahan antara kedua-dua peimipin itu tercetus semula apabila Karpal dilaporkan berkata Jawatankuasa Disiplin parti itu tidak layak membebaskan Ramasamy, yang juga Timbalan Setiausaha Agung parti itu, daripada dakwaan salah laku kerana mendalangi satu protes Disember lalu. - BERNAMA

Artikel Lain