suria

449 Banduan Asing Tunggu Bicara Sabit Hukum Bunuh

KUALA LUMPUR: Seramai 449 banduan warga asing ditahan reman untuk menunggu perbicaraan bagi kesalahan yang disabitkan hukuman mati sehingga 31 Januari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia, daripada jumlah tersebut seramai 396 banduan terlibat dengan kesalahan pengedaran dadah, 28 orang bagi kesalahan membunuh, menculik (18) dan kesalahan senjata api (7).

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai bilangan warga asing di dalam penjara yang sedang menunggu perbicaraan bagi kesalahan disabitkan hukuman mati.

"Banduan warga asing ini adalah dari 35 buah negara antaranya ialah Afrika Selatan, Albania, Botswana, Filipina, Indonesia, Iran, Kenya, Myanmar, Nepal, Nigeria, Pakistan, Rusia, Singapura, Somalia, Sri Langka, Thailand, Togo, Uzbekistan dan Zimbabwe," katanya.

Artikel Lain