suria

Tan Kritik Tindakan Karpal Cabar Keputusan Jawatankuasa Disiplin DAP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai membidas tindakan pengerusi parti, Karpal Singh kerana mencabar keputusan untuk membebaskan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P.Ramasamy.

Tan berkata;"Karpal tidak membantah kepada panel apabila beliau membuat aduan (ke atas Dr Ramasamy). Kini jelas, beliau membangkitkan bantahan kerana tidak gembira dengan keputusan kami.

Para penyokong Dr Ramasamy mengadakan demonstrasi pada konvensyen tahunan DAP, Disember lalu dan menyebabkan 33 ahli membuat aduan terhadapnya.

Jawatankuasa itu yang turut disertai Dr Ramasamy membebaskan beliau daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Bagaimanapun, Karpal yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan sidang media pada Ahad dengan menyatakan prosiding sepatutnya dielakkan sejak dari awal kerana jawatankuasa tersebut mengadili salah seorang ahli daripada panel yang sama.

Tan berkata, sebagai seorang pemimpin veteran, Karpal sepatutnya mengetahui wujudnya prosedur untuk dipatuhi seorang peguam.

"Saya kecewa bahawa komen beliau menjejaskan imej parti," katanya.

Tan berkata, beliau akan tidak akan memanggil Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu untuk berdepan dengan jawatankuasa tersebut.

Beliau turut mempertikaikan konflik berkepentingan di kalangan ahli jawatankuasa tidak patut dibangkitkan.

"Mesti ada sifat saling mempercayai di kalangan rakan parti," katanya.

Artikel Lain