suria

Kes HFMD Meningkat Kepada 109

KUCHING: Kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)di Sarawak meningkat kepada 109 hari ini selepas 44 kes didaftarkan pada awal minggu ini.

Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Zulkifli Jantan dalam satu kenyataan berkata kes baru itu dikesan di Kuching dengan 55 kes, Samarahan (13), Bintulu (11), Limbang (sembilan), Sarikei (lapan), Miri (lima), Sri Aman (tiga) dan Betong (dua).

Penurunan dikesan di Sibu dan Mukah masing-masing dengan dua dan satu kes.

Jumlah keseluruhan kes sekarang 3,297 di mana 1,185 kes berlaku di Kuching, Samarahan (398), Bintulu (392), Miri (244), Limbang (218), Betong dan Sarikei (masing-masing 177), Sri Aman dan Sibu (masing-masing 140), Kapit (121) dan Mukah (105).

Tujuh kemasukan baru dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan kes yang perlu dirawat kepada 240 namun tiada seorangpun daripada mereka sakit tenat. -BERNAMA

Artikel Lain