suria

Kerajaan Bentang Usul Tubuh PSC Lynas

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Cadangan penubuhan jawatankuasa berkenaan dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 81(1).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menbentangkan usul berkenaan berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek tersebut.

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Katanya lagi jawatankuasa itu diberi masa selama tiga bulan untuk meneliti mengenai keselamatan LAMP.

"Tempoh masa pelantikan jawatankuasa itu adalah selama tiga bulan. Jika jawatankuasa pilihan khas ini tidak dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dalam tempoh tersebut, perkara ini hendaklah dibawa semula ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi maksud pelanjutan tempoh pelantikan.

"Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut hendaklah menyiapkan dan membentangkan penyata jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dan penyata jawatankuasa tersebut hendaklah dikemukakan kepada mesyuarat untuk dipersetujui atau mengikut apa-apa cara yang diperintahkan oleh Dewan Rakyat," katanya.

Artikel Lain