suria

Kilang Cetak Terbakar Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang cetakan di Jalan Mahir 3, Taman Perindustrian Desa Cemerlang di sini terbakar petang Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar ia memusnahkan 60 peratus bahagian stor dan produksi kilang berkenaan.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 2.43 petang dengan seramai 30 anggota dari balai Johor Jaya dan Larkin digegaskan ke tempat kejadian," katanya.

Punca dan kerugian sebenar sedang disiasat.

Seorang pekerja, Mohd Zahid Razak, 38, berkata, dia terdengar satu letupan kuat dari arah stor sebelum kebakaran.

"Semua pekerja meluru keluar menyelamatkan diri dengan ada yang cuba memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya," katanya.

Kilang itu yang beroperasi lebih 20 tahun lalu mempunyai lebih 60 pekerja. - BERNAMA

Artikel Lain