suria

Kerajaan Selangor Perlu Waspada Kendali Tanah Rizab Melayu - Sultan Sharafuddin

SHAH ALAM: Sultan Selangor mengingatkan kerajaan negeri itu supaya lebih bertanggungjawab dalam mengendalikan tanah rizah Melayu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, baginda tidak mahu melihat tanah rizah Melayu dipindah milik kepada bukan bumiputera.

"Beta yakin Menteri Besar dan semua kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam hal tanah akan sentiasa waspada dan memastikan status tanah rizab Melayu tidak dipindah milik," kata baginda pada sesi pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Baginda juga mahu pencerobohan tanah ditamatkan dan berharap kerajaan Selangor dengan kerjasama syarikat korporat dan orang ramai, memainkan peranan masing-masing dalam membanteras kegiatan itu.

Artikel Lain