suria

Remaja Hilang Ketika Mandi Di Pantai Tanjung Bungah

GEORGE TOWN: Seorang remaja dilapor hilang ketika mandi di Pantai Tanjung Bungah di sini, Sabtu.

Afiq Ridha Ajib Roshidi, 19, dikatakan keluar memancing bersama empat lagi rakannya sebelum mandi di pantai itu pada pukul 11.30 pagi.

Rakan remaja itu, Yusri Md Yazid, 19, berkata mangsa yang pandai berenang tiba-tiba tenggelam setelah beberapa minit mandi di pantai itu.

"Dia mandi di tempat yang agak dalam sebelum tenggelam, tinggal tangan sahaja terkapai-kapai...saya ingatkan dia hanya bergurau, tidak sangka dia boleh hilang begitu sahaja," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, jurucakap bomba ketika dihubungi berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - BERNAMA

Artikel Lain