suria

Lebih 30 Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Utara Perlis

KANGAR: Lebih 30 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda utara Perlis pada Sabtu, namun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Abdullah Ali berkata kejadian itu berlaku kira-kira 7 petang dan jumlah kerugian belum dipastikan kerana bancian masih dijalankan.

Beliau berkata setakat ini, JKM mengeluarkan bantuan kecemasan kepada mangsa termasuk selimut dan makanan.

Abdullah turut meninjau kawasan yang dilanda ribut itu, termasuk Chuping, Santan dan Mata Ayer.

Dalam perkembangan berkaitan, pertandingan akhir Lagu Datuk Ahmad Jais sempena Program Memasyarakatkan Seni dan Budaya yang dijadual berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, ditangguhkan malam tadi kerana angin kencang merosakkan persiapan majlis tersebut.- BERNAMA

Artikel Lain