suria

Suspek Kes Wanita Maut Ditikam Direman Hingga 23 Mac

KUALA LUMPUR: Polis pada Sabtu berkata suspek kes wanita yang mati ditikam di Pangsapuri Permai, Sungai Besi semalam ditahan reman tujuh hari sehingga 23 Mac.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia petang tadi mengesahkan wanita itu mati akibat satu tikaman di dada.

Beliau berkata selain itu, terdapat beberapa kesan tikaman lain di badan serta kecederaan di tangan wanita yang disahkan mengandung dua bulan itu.

Dalam kejadian 6.41 petang semalam, wanita berusia 28 tahun itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

Polis menemui sebilah pisau di sebuah bilik di pangsapuri itu yang dipercayai diguna untuk menikam mangsa.

Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain