suria

Perintah Reman Terhadap Tiga Suspek Kes Bunuh Dirang Dilanjutkan

JOHOR BAHRU: Perintah reman terhadap tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah,5, atau Dirang, dilanjutkan sehingga 23 Mac ini. Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Rendah Nuriza Mustaffa.

Tiga suspek terbabit yang memakai baju lokap dengan seluar pendek paras lutut, sebelum itu tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan polis.

Mereka yang berumur 30 hingga 40 tahun hanya menundukkan kepala bagi mengelakkan wajah mereka dirakam jurugambar yang menunggu di perkarangan mahkamah.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek turut disahkan positif dadah methamphetamine dan syabu, selain dua daripadanya turut mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes penyalahgunaan dadah dan mencuri. - BERNAMA

Artikel Lain