suria

Lim Guan Eng Tidak Akan Jadi Perdana Menteri – Dr Cua

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak sepatutnya terpedaya dengan janji-janji Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak akan menjadi Perdana Menteri, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, Lim memberitahu para pengundi sekiranya mereka menyokong DAP, Pakatan akan melakukan seperti perikatan itu dilakukan di Pulau Pinang.

“Ini tidak benar kerana beliau (Lim) tidak akan melakukannya. Lim Guan Eng tidak akan menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini, Jumaat.

Beliau menggesa para pengundi Cina tidak perlu yakin dengan pembakang tetapi menilai prestasi Pakatan di empat buah negeri ia memerintah.

Dr Chua berkata, DAP hanya bercakap tentang apa yang telah lakukan di Pulau Pinang tetapi tidak mengenai prestasi Pakatan di Kedah, Kelantan dan Selangor.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan baru-baru ini bahawa semua menteri dan timbalan menteri MCA akan memberi tumpuan kepada 20 kerusi parlimen berpotensi untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 15 kerusi pada pilihan raya umum, Dr Chua menegaskan bahawa semua 130 kerusi yang dipunyai oleh MCA berpotensi untuk menang sekiranya parti bekerja keras.

"Jangan ‘meminggirkan’ MCA hanya kerana keputusan pilihan raya umum 2008," katanya.

Dr Chua juga mengingatkan pemimpin dan ahli parti tidak untuk mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang atau risikonya akan menyebabkan keahlian mereka digantung.

Artikel Lain