Jangan Gadai Masa Depan Sokong Pembangkang - Najib - Semasa | mStar

Jangan Gadai Masa Depan Sokong Pembangkang - Najib

BERUAS: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menggadai masa depan mereka dengan terpengaruh kepada pelbagai dakwaan, tohmahan dan janji pembangkang kerana telah terbukti selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat memastikan kesejahteraan negara dan rakyat terpelihara.

Perdana Menteri berkata, BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.

"Tidak boleh pakai cerita pembangkang ini sebab mereka tidak mempunyai kemampuan untuk urus tadbir negara kita dengan baik. Sehari dua ini pun sudah nampak bercelaru. Jadi tak usah dengar kalau mereka (pembangkang) datang. Dengar, tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri," katanya ketika berucap pada program "Sepagi Bersama Perdana Menteri" di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Changkat Beruas di sini, Sabtu.

Najib yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata kerajaan juga telah dapat mengurangkan jumlah hutang dan menambah hasil negara, meskipun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat.

"Ini disebabkan kita dapat mengurus tadbir negara kita dengan baik, menguruskan perjalanan ekonomi negara dengan cekap. Menentukan ekonomi negara dapat terus berkembang, hasil negara bertambah, apabila kita capai kejayaan sedemikian kita pulangkan hasil kekayaan itu balik kepada rakyat," katanya.

Menyentuh mengenai pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan BN kepada rakyat, Najib berkata, kerajaan hanya memulangkan kepada rakyat hasil negara. "Adakah itu menjadi kita sebagai kerajaan tidak bertanggungjawab? Tentunya jika kita kembalikan hasil negara kepada rakyat, ianya bermakna kerajaan mendahulukan rakyat. Seperti mana yang saya janjikan selama ini (dimana) selama tiga tahun gagasan tersebut (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan) kita praktikkan," katanya.

Najib berkata oleh itu, jika pembangkang menuduh kerajaan BN tidak bertanggungjawab, tuduhan itu tidak benar.

Sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab adalah kerajaan yang menghabiskan wang negara, dan pada masa menambah hutang negara semata-mata untuk meraih sokongan rakyat, katanya.

"Sudah nak dekat pilihan raya, kita baru nak beri bantuan semata-mata nak dapatkan undi tanpa uruskan ekonomi negara dengan baik. Itu namanya kerajaan tidak bertanggungjawab dan tidak fikir masa depan negara," katanya.

Beliau berkata, kerajaan seperti itu juga merupakan sebuah kerajaan yang hanya mahu meraih sokongan dan mahu menjadi popular dengan apa cara sekalipun yang mana ia berbeza dengan pendekatan kerajaan di bawah BN.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan masing-masing sebanyak RM2 juta kepada Masjid Changkat Cermin, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tit Bin di Pantai Remis dan sebuah dewan untuk masyarakat India di kawasan Parlimen Beruas. Najib turut menyampaikan sumbangan khas berupa kerusi roda dan keperluan makanan kepada 12 penerima orang kurang upaya serta berpendapatan rendah. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan