suria

Polis KL Cari Saksi Rakyat Iran Hadir Di Mahkamah

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki Iran untuk menjadi saksi utama bagi satu perbicaraan berhubung kes dadah Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Kuala Lumpur mulai Isnin ini selama lima hari.

Menurut satu kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada Khamis, Damirchelli Majid Esmaeil yang memegang pasport N12360143 diminta hadir ke mahkamah bagi membantu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam perbicaraan kes yang melibatkan Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alamat terakhir lelaki itu adalah di No 16 Khanar, Karaj Fardis, Tehran Iran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Damirchelli diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Kumbat Anak Tan di talian 013-8944360/ 03-21460522 atau Pusat Kawalan IPK KL di talian 03-21460584/585 selepas waktu pejabat atau Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Lain