suria

Penyelia Tapak Binaan Mati Diserang Sekumpulan Lelaki

JOHOR BARU: Seorang penyelia tapak pembinaan ditemui mati dengan kesan berlumuran darah dipercayai diserang sekumpulan lelaki di kawasan tempat kerjanya di Nusa Bestari di sini, petang Khamis.

Mayat mangsa M. Ravi, 41, dipercayai dipukul dengan batang besi ditemui di sebuah pondok pengawal yang terletak dalam kawasan tapak pembinaan itu pada pukul 7.30 malam.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam, ASP Sahul Hameed mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut kes berkenaan.

"Siasatan sedang giat dijalankan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Jumaat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999. - BERNAMA

Artikel Lain