suria

MCA Sambut Baik Penubuhan PSC Kaji Isu Lynas - Dr Chua

PUTRAJAYA: MCA menyambut baik cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dipersetujui kabinet untuk memperhalusi isu-isu berkaitan pelaksanaan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, penubuhan jawatankuasa itu membuktikan keprihatinan kerajaan berhubung isu tersebut selain mendengar suara rakyat.

"Kerajaan amat mengambil berat tentang kebajikan dan kesihatan rakyat tetapi usaha untuk menarik pelabur asing juga penting," katanya.

Beliau berharap pihak pembangkang tidak menjadikan PSC untuk terus mempolitikkan isu tersebut.

Artikel Lain