suria

Kerakyatan Pengerusi KHSB Dipersoal

PETALING JAYA: Soal kerakyatan Raja Idris Raja Kamarudin yang mengetuai dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik Negeri Selangor kini menjadi isu yang sedang diperkatakan ramai.

Beliau yang juga adik kepada bloger dan pengendali portal, Raja Petra Raja Kamarudin mengaku bukan lagi rakyat Malaysia.

Sebaliknya, beliau telah mengambil kerakyatan Britain dan masih lagi memegangnya.

Mohd Zin berkata, Raja Idris yang merupakan abang kepada blogger Raja Petra Kamaruddin, disenaraikan dalam laman web rasmi KHSB sebagai isu di Britain.

“Raja Idris adalah rakyat Britain. Timbul persoalan besar kepada beliau yang dipilih untuk menerajui beberapa syarikat GLC yang besar. Kenapa tidak Khalid yang mempunyai latar belakang korporat mencari rakyat tempatan yang berkelayakan untuk menerajuinya,” soalnya.

Raja Idris memberikan maklum bakas bahawa beliau mengakui masih seorang warganegara Britain tetapi menganggap pelantikan tersebut selaras dengan inisiatif negara untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara.

“Saya fikir tujuan penubuhan Talent Corp adalah untuk membawa balik rakyat Malaysia yang meninggalkan negara ini, kemudiannya bekerja dan memperoleh kewarganegaraan baru di negara-negara lain,” katanya sambil menambah bahawa beliau merupakan seorang pengarah bukan eksekutif.

Mohd Zin berkata, timbul rasa tidak puas hati mengenai bagaimana syarikat GLC dikendalikan, termasuk dengan penyikiran beberapa pegawai kanan.

Beliau merujuk kepada pemecatan dua setiausaha syarikat KHSB yang dikaitkan dengan kontroversi ‘kehilangan’ sebidang tanah seluas 234 hektar di Gombak bernilai RM250 juta milik kepada anak syarikat milik penuh KHSB.

Dua pegawai lain turut diarahkan memberikan surat tunjuk sebab.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata, ia tidak berlaku adil kepada mereka yang lain sekiranya pelantikan itu bermotifkan politik sambil menambah, keutamaan seharusnya diberikan kepada rakyat tempatan.

“Kenapa perlu percaya orang luar berbanding rakyat tempatan? Ini adalah satu penghinaan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Artikel Lain