Kad Diskaun Mahasiswa Akan Diperkenal Sebelum Jun - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Kad Diskaun Mahasiswa Akan Diperkenal Sebelum Jun - Ismail Sabri

BANGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun kepada mahasiswa di semua institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum bulan Jun tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kad itu bertujuan meringankan beban mahasiswa akibat kenaikan harga barang.

Beliau berkata kementerian kini berbincang dengan pedagang besar yang terlibat dalam perniagaan seperti kedai buku, barangan sukan dan syarikat pengangkutan bagi membolehkan mahasiswa menikmati diskaun apabila membeli-belah.

"Kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya 10 pedagang dan kini terdapat tujuh pedagang yang terlibat. Kementerian sedang mempercepatkan proses perbincangan dengan pedagang lain dan kita yakin boleh selesai dalam tempoh terdekat.

"KPDNKK turut bekerjasama dengan Bank Rakyat untuk mengeluarkan kad diskaun pelajar yang kini dalam proses mereka bentuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan, yang disertai lebih 400 penuntut 122 IPT awam dan swasta di seluruh negara, di Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis.

Beliau juga berkata KPDNKK menyasarkan semua IPT akan memiliki kafetaria yang menyertai program penjualan makanan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) pada akhir tahun ini.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sekali lagi menyarankan kementerian itu memberi fokus bagi memastikan semua IPT mempunyai MR1M dan produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di koperasi bagi mengurangkan beban mahasiswa.

Ismail Sabri berkata KPDNKK dan Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berbincang untuk menjayakan kedua-dua program itu.

"Keutamaan akan diberi kepada kesemua 22 IPT Awam di seluruh negara. IPT Swasta akan dibincangkan juga berikutan terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti. Ini merupakan Indeks Prestasi Utama (KPI) saya kepada semua pegawai," katanya.

Setakat ini, terdapat 143 kafetaria di 40 IPT yang menyertai program MR1M dan lima IPT menjual produk KR1M.

"Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk dilaksanakan di IPT bagi meringankan beban siswa, terutama dalam membekalkan barang keperluan dengan harga yang murah, berkualiti dan berada dalam kemampuan para siswa," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain