suria

Bekas Ketua Cawangan MIC Bahagian Kota Raja Dipecat

SHAH ALAM: MIC telah memecat seorang bekas ketua cawangan MIC dalam Bahagian Kota Raja, V.T. Rajen kerana antara lain gagal memberikan penjelasan terhadap kenyataan media yang dikeluarkan berhubung pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri Dr K.S Nijhar berkata keputusan itu diambil setelah Rajen gagal menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 9 Feb lepas.

"Keputusan memecat beliau adalah juga kerana gagal memberikan penjelasan berhubung tindakannya mencabar kepimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nijhar berkata Rajen diberi tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan keanggotaan untuk membuat rayuan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Beliau turut menasihati anggota-anggota MIC agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai calon-calon pilihan raya serta menyoal kuasa prerogatif Presiden parti dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 kelak. - BERNAMA

Artikel Lain