suria

Penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Selesai

KUALA LUMPUR: Kerja penyenggaraan dan penukaran aset utama Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 selesai 100 peratus dan bekalan di kawasan terjejas akan pulih seperti sedia kala.

Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Abdul Halem Mat Som, berkata mulai pagi Khamis, kawasan Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan menerima bekalan air.

"Tempoh pemulihan itu akan berjalan secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya 8 malam ini, bergantung kepada lokasi kawasan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Beliau berkata, kawasan rendah akan menerima bekalan air terlebih dahulu disebabkan faktor geografi, dan orang ramai dinasihat menggunakan air secara berhemah sehingga tempoh pemulihan bekalan tamat. - BERNAMA

Artikel Lain