suria

Pemandu Teksi Kerugian Lebih RM300,000 Dalam Kebakaran

IPOH: Seorang pemandu teksi kerugian lebih RM300,000 apabila rumahnya terbakar di Kampung Baru Ayer Kuning, Tapah awal pagi Khamis.

Yang turut musnah dalam kebakaran 1.30 pagi itu ialah teksinya jenis Proton Saga, sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Pegawai Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah, Meor Ahmad Ali berkata ketika kejadian, Chang Kai Sang, 65, dan anggota keluarganya sedang tidur dan kebakaran hanya disedari ketika dia tersedar dari tidur berikutan terdengar bunyi benda jatuh.

Dia kemudiannya mengejutkan anggota keluarganya untuk menyelamatkan diri. Meor berkata punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain