suria

Peluang Bagi MAS, AirAsia Untuk Bekerjasama

KUALA LUMPUR: Masih terdapat peluang bagi Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk bekerjasama dalam bahagian yang boleh memberi manfaat kepada kedua-duanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

"Mereka sepatutnya mencari bahagian di mana mereka boleh bekerja bersama-sama. Terdapat bahagian di mana mereka perlu bersaing dan ia sangat penting," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan di sini, Khamis.

Beliau berkata Akta Persaingan yang berkuat kuasa pada lewat Januari, akan menjadi garis panduan bagi kedua-dua syarikat penerbangan itu.

"Amat penting bagi kedua-duanya untuk mematuhi (undang-undang). Mereka melakukan sedaya upaya mereka dan jelas menyedarinya," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain