suria

Najib Lakukan Lawatan Kerja Sehari Di Perak Sabtu Ini

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Perak, Sabtu ini.

Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan berjumpa masyarakat Parlimen Beruas di Sekolah Menengah Beruas, Beruas kira-kira 70 kilometer dari sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh E-Press Jabatan Penerangan Malaysia, Perdana Menteri kemudiannya dijadual menghadiri majlis Jalinan Mesra Masyarakat Orang Asli di Padang TNB, Batu 7, Kuala Woh di Tapah.

Pada sebelah petang, Najib akan merasmikan pembukaan bangunan baru empat tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Wan Hwa2, di Menglembu di sini.

Sejurus selepas itu, beliau akan menghadiri program mesra rakyat bersama masyarakat India di Padang Rekreasi Buntong di sini.

Perdana Menteri dijadual mengakhiri lawatan sehari ke Perak dengan menghadiri majlis makan malam bersama-sama Persatuan Agama-agama Cina negeri Perak di Sekolah Menengah Yuk Choy di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

Artikel Lain