suria

Lima Rumah Sederet Di Kota Baharu Terbakar

KOTA BAHARU: Sederet lima buah rumah di Kampung Demit, Kubang Kerian dekat sini, hangus dalam kebakaran pagi tadi membabitkan kerugian lebih RM160,000.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Mohd Shukri Ismail, berkata kebakaran itu berlaku pada 9 pagi Khamis.

"Kebanyakan penghuni tiada di rumah," katanya. Beliau berkata 21 anggota bomba dari sini dan Pengkalan Chepa berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dalam masa 15 minit.

Mohd Shukri berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. - BERNAMA

Artikel Lain