suria

Dua Penyerang Mohd Asyraf Dijatuhi Hukuman Penjara

PETALING JAYA: Dua orang lelaki yang merompak pelajar Malaysia, Mohd Asyraf Haziq Rossli, selepas mereka berpura-pura ingin membantu mangsa ketika rusuhan di London tahun dijatuhi hukuman penjara, menurut laporan BBC News.

Menurut laporan itu, John Kafunda, 22, dipenjara selama empat tahun tiga bulan manakala Reece Donovan, 24, menerima hukuman penjara lima tahun.

Donovan yang berasal dari Chadwell Heath, Romford, menerima hukuman penjara tiga tahun setengah kerana merompak.

Dia turut dipenjara 18 bulan kerana melakukan keganasan dan 18 bulan lagi kerana mencuri di mana hukuman itu berjalan serentak.

Kafunda dipenjara tiga tahun setengah kerana merompak dan tambahan hukuman penjara sembilan bulan kerana mencetuskan huru-hara.

Mohd Asyraf, 20, hanya berada di United Kingdom (UK) selama sebulan ketika diserang pada 8 Ogos di Barking, timur London.

Ketika dia mengalami kecederaan, Kafunda dan Donovan, mencuri beberapa barang dari beg Mohd Asyraf.

Kedua-dua mereka didapati bersalah kerana merompak dan melakukan keganasan.

Insiden tersebut juga mendapat perhatian umum, selepas rakaman mengenai kejadian itu dimuat naik ke dalam laman YouTube.

Artikel Lain