suria

Dua Lelaki Maut Dalam Pergaduhan Di Tawau

TAWAU: Dua lelaki maut susulan pergaduhan dalam dua kejadian berasingan yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di sini Selasa.

Ketua Polis Tawau, Asisten Superitendan Ibrahim Chin berkata, kes pertama membabitkan seorang pekebun sayur warga Indonesia berusia 30 tahun, yang maut selepas ditikam rakan senegara, kira-kira 4 petang di Kampung Apas Parit.

Suspek yang berusia 31 tahun berjaya diberkas empat jam kemudian di bandar Tawau ketika cuba melarikan diri, katanya kepada Bernama, di sini Rabu.

Ibrahim berkata, dalam kejadian kedua, seorang lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia akibat kecederaan ditikam dengan pisau pemotong sayur oleh seorang lelaki di Batu 3, Jalan Apas, petang Selasa.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Tawau beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan, manakala suspek yang berusia 41 tahun berjaya diberkas di tempat kejadian, katanya. -BERNAMA

Artikel Lain