Tapak Curi Pasir Bersaiz Tiga Padang Bola Sepak Ditemui Di Selangor - Semasa | mStar

Tapak Curi Pasir Bersaiz Tiga Padang Bola Sepak Ditemui Di Selangor

RAWANG: Kecurian pasir di Selangor menjadi bertambah buruk dengan penemuan terbaru satu lagi kawasan perlombongan pasir bersaiz tiga buah padang bola sepak.

Ianya dipercayai menjadi aktiviti perlombongan pasir haram terbesar di negeri ini yang dikesan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Pejabat Tanah Hulu Selangor menemui aktiviti ini berhampiran SKC Kampung Timah di Bukit Beruntung semasa penguatkuasa mengadakan serbuan terhadap pencuri pasir minggu lepas.

Mereka yang melakukan kesalahan melarikan diri semasa serbuan itu, meninggalkan jengkaut dan lori.

Penolong Pegawai Daerah Mohd Rohib Misnan berkata aktiviti haram ini telah berlaku dalam tempoh enam bulan lalu, sambil mengakui bagaimanapun adalah sukar untuk menangkap pencuri.

"Kami telah menempatkan pegawai-pegawai kami untuk memerhatikan situasi yang berlaku ini," katanya.

Ketika serbuan, pegawai menemui platform terapung dengan pam penyedut di tengah Sungai Selangor untuk mengasingkan pasir dari dasar sungai.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pasir diletakkan di tepi sungai untuk dibasuh. Dua tempat pembersihan pasir telah dikesan.

Dipercayai pencuri menggunakan tiga mesin pengorek untuk mengaut pasir yang telah dibersihkan dan memasukkannya ke dalam lori.

Sumber dari pejabat tanah berkata kenderaan berat dilihat kerap berada di kawasan ini pada waktu petang atau awal pagi untuk mengelak dari pemerhatian.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain