suria

Polis Tahan Sembilan Termasuk Tiga Wanita Sedang Berjudi

GEORGE TOWN: Polis menahan sembilan orang termasuk tiga wanita yang sedang asyik bermain judi di sebuah kedai makan di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata bertindak atas siasatan dan intipan, polis menyerbu kedai makan berkenaan pada pukul 6 petang dan menahan enam lelaki dan tiga wanita.

Katanya enam lelaki berusia antara 40 dan 72 tahun serta tiga wanita berumur 48 hingga 60 tahun itu bermain judi yoke.

"Polis merampas wang tunai sebanyak RM9,115 yang digunakan untuk bermain judi dan pelbagai peralatan untuk aktiviti haram berkenaan antaranya cip berwarna, dadu, meja dan dan kerusi," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. - BERNAMA

Artikel Lain