suria

Dewan Rakyat Tolak Usul Bincang Tuduhan Terhadap Ghani Patail, Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak usul bagi membincangkan mengenai tuduhan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa terbabit dalam kes jenayah serius.

Usul yang difailkan R. Sivarasa (PKR, Subang) itu ditolak dalam kamar mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar Amin, usul berkenaan ditolak kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)(i).

"Perkara yang dibangkitkan bukan suatu perkara tertentu seperti yang dikehendaki mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2), ia mengandungi pelbagai tuduhan," katanya.

Pada Isnin Sivarasa memfailkan usul untuk menangguhkan persidangan Dewan Rakyat bagi membincangkan mengenai tuduhan berkenaan seperti yang didedahkan sebuah portal berita.

Malah Sivarasa turut menggesa agar Dewan Rakyat melantik satu tribunal di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menyiasat tuduhan itu dan menentukan sama ada ia berasas atau sebaliknya.

Artikel Lain