suria

Shahrizat Tidak Hadir Sesi Pembukaan Parlimen

Shahrizat keluar daripada perkarangan mahkamah selepas mendengar pertuduhan terhadap suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung isu NFCorp di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada Isnin.
Shahrizat keluar daripada perkarangan mahkamah selepas mendengar pertuduhan terhadap suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung isu NFCorp di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada Isnin.
Shahrizat keluar daripada perkarangan mahkamah selepas mendengar pertuduhan terhadap suaminya, Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung isu NFCorp di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan meletakkan jawatan dalam kabinet apabila jawatannya sebagai senator tamat pada April depan tidak hadir pada pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-12, Isnin.

Beliau tidak menyertai menteri kabinet lain yang berhimpun menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyempurnakan majlis Istiadat berkenaan selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas.

Pegawai khas Shahrizat, Eikmar Rizal Ripin mengesahkan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu tidak menghadiri sesi pembukaan Parlimen tetapi tidak memberikan sebarang sebab.

Eikmar Rizal berkata, Shahrizat terlalu sibuk untuk menguruskan beberapa program kendaliannya sebelum tempohnya sebagai senator berakhir, 8 April ini.

Pada Ahad, Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya tetapi beliau akan kekal memegang jawatan Ketua Wanita Umno.

Beliau turut terpalit dengan isu skandal NFC yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.

Beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua parti politik terus memberikan komen berhubung pengumuman Shahrizat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sudah terlalu lambat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata," situasi itu melibatkan moral dan isu peribadi dan beliau melakukan tindakan berani.

Hishammuddin berkata, beliau menghormati keputusan Shahrizat untuk meletak jawatan dan akan menyokongnya sebagai Ketua Wanita Umno.

MenteriPertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, Shahrizat melakukan tindakan sewajarnya walaupun kontroversi NFC tiada kaitan dengan beliau.

Ketika tinjauan di kediaman Shahrizat di Damansara Heights di sini, rakan terdekat dan sanak saudara memberi sokongan terhadap beliau selepas Dr Mohamad Salleh didakwa.

Beberapa polis bantuan turut ditempatkan di kediamannya, bagaimanapun tidak membenarkan para wartawan untuk memasuki rumah tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain