suria

Polis Minta Tiga Lelaki Tampil Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur(JSJK) mencari tiga lelaki untuk membantu siasatan bagi kes penipuan, pecah amanah dan pemalsuan.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata saksi bagi kes penipuan ialah Tee Soon Toong, nombor kad pengenalan 610703-10-6687 dan beralamat di No 42 Jalan Kubah, U8/50 Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Katanya saksi bagi kes pecah amanah ialah Arumugagham A/L Munusamy, nombor kad pengenalan 590701-10-6127 dan alamat terakhirnya di No 19 Jalan BK 1/5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor dan saksi bagi kes pemalsuan, Tang Kim Huat, nombor kad pengenalan 550508-02-5193 yang beralamat di F213 Lorong 39, Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali saksi diminta menghubungi ASP Nordin Md Nor dan ASP Raymond Anak Kona di talian 03-26163959 atau 019-2299099 dan 019-7165330 atau Bilik Gerakan JSJK di talian 03-2616399. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain