suria

MAIWP Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Sekitar Bandaraya

KUALA LUMPUR: Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan hari ini menghulurkan bantuan RM1,000 kepada tiap sebuah dari 175 keluarga dari empat buah kampung di sekitar bandaraya yang terjejas akibat banjir minggu lepas.

Bantuan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Serbaguna Kampung Baru di sini. Mardziah Mohamad dari Kampung Hujung Pasir berkata bantuan yang diterima sedikit sebanyak membantu meringankan beban untuk membaiki kerosakan rumahnya.

"Saya bersyukur kerana menerima bantuan ini...banjir kali ini antara yang terburuk yang dialami," katanya.

Seorang penerima, Safri Yacob, 60, dari Kampung Sungai Baru melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada MAIWP. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain