suria

Lebuhraya Smart Dibuka Semula

KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas sejak 2 pagi Isnin.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) berkata, terowong itu ditutup sementara sejak Rabu lepas setelah menerima arahan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengalirkan lebihan air Sungai Klang dan Sungai Ampang akibat hujan lebat.

"Dan ini telah menyelamatkan pusat bandar Kuala Lumpur daripada satu lagi banjir besar," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, Isnin.

Menurut kenyataan, itu pihak pengurusan SMART juga memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang dihadapi pengguna.

Laluan itu mula ditutup kepada lalu lintas pada 8 malam Rabu lepas, berikutan hujan lebat di sekitar Lembah Klang dan pengoperasian sistem banjir. - BERNAMA

Artikel Lain