suria

Polis Pecaya Nurul Nadihah Masih Hidup

JOHOR BARU: Pihak polis mempercayai kanak-kanak berusia lima tahun yang dilaporkan hilang, Nurul Nadirah Abdullah masih hidup.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan petugas khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal menunjukkan perkembangan positif dalam siasatan bagi mengesan mangsa.

Selain itu menurut Mohd Mokhtar, tiga suspek yang ditahan pada hari yang sama Nurul Nadihah dilaporkan hilang kini ditahan reman sehingga 16 Mac bagi membantu siasatan.

"Kami bekerjasama rapat dengan Bukit Aman dalam kes ini. Sehingga kini polis telah menyerbu 23 lokasi termasuk beberapa kawasan di Johor dan Kuala Lumpur bagi mencari Nurul Nadihah," katanya pada Khamis.

Artikel Lain