suria

Phahrolrazi, Ismail Hanya Angkat Sumpah Selepas Perkenan Sultan

ALOR SETAR: Nama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Ismail Salleh telah dipersembahkan kepada Sultan Kedah untuk dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah masih belum memberi perkenan mengenai cadangan pelantikan berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata majlis angkat sumpah exco hanya boleh diadakan selepas mendapat pekenan sultan.

Terdahulu Azizan yang keluar daripada Hospital Sultanah Bahiyah selepas menjalani pembedahan mata masuk ke pejabatnya sebelum ke Istana Anak Bukit pada pukul 4.50 petang.

Beliau meninggalkan istana pada pukul 5.40 dan menemui media di luar pagar istana.

Sebelum ini dilaporkan konflik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah meruncing apabila Phahrolrazi dan Ismail enggan menerima pelantikan semula sebagai exco sebagai tanda protes kepemimpinan Azizan, menyebabkan pucuk pimpinan PAS pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi menanganinya.

Phahrolrazi dan Ismail kemudian bersetuju menerima semula pelantikan itu dengan mengenakan syarat mengekalkan kekananan mereka dalam exco yang baru dilantik dan mahukan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat bagi memantau Menteri Besar dalam menguruskan negeri.

Artikel Lain