suria

NFCorp Nafi Beli Lapan Hartanah Mewah

PETALING JAYA: National Feedlot Corporation (NFCorp) menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa syarikat berkenaan menggunakan peruntukan dana awam kerajaan berjumlah RM250 juta bagi membeli hartanah mewah di Bangsar.

Menerusi kenyataannya pada Khamis, syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu menegaskan bahawa NFCorp tidak membeli projek hartanah berkenaan.

"NFCorp ingin menyatakan bahawa lapan hartanah mewah tersebut tidak dibeli oleh syarikat ini," kata kenyataan itu.

Pada Rabu Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka menggunakan dana yang diperuntukkan kepada Pusat Fidlot Nasional (PFN) untuk mendapatkan pinjaman peribadi bagi membeli hartanah mewah di Kuala Lumpur.

Mohd Rafizi turut mendakwa ahli keluarga Shahrizat telah memasukkan sebanyak RM71.4 juta dan RM90 juta sebagai deposit tetap PFN di dua buah bank.

Malah Rafizi mendakwa, perkara tersebut dilakukan bagi memudahkan keluarga Shahrizat mendapatkan pinjaman kredit daripada pihak bank untuk membeli lapan unit pejabat mewah di ibu kota.

Artikel Lain