suria

Lelaki Berjumpa Kawan Ditemui Mati Terapung Di Laut

GEORGE TOWN: Polis Gerakan Marin menemui mayat lelaki yang sebelum itu dikatakan pergi menemui kawannya, terapung di perairan Pantai Macalum di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata mangsa dikenali Goh Peng Chong, 42, dari Bukit Mertajam dilaporkan hilang oleh keluarganya yang membuat aduan di Balai Polis Daerah SPT pukul 2 pagi, Jumaat.

"Satu gerakan mencari dilancarkan selepas polis menerima laporan itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Azman berkata Goh yang lengkap berpakaian ditemui pukul 9.50 pagi tadi dipercayai terjun dari atas jambatan Pulau Pinang ekoran kereta miliknya tersadai atas jambatan kira-kira empat kilometer dari George Town.

Mangsa dikatakan datang ke George Town untuk berjumpa rakannya dan tidak pulang ke rumah sejak petang Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain