Hanya Tinggal Enam Mangsa Banjir di Changlun - Semasa | mStar

Hanya Tinggal Enam Mangsa Banjir di Changlun

ALOR SETAR: Banjir di Changlun hampir pulih apabila tinggal enam orang daripada dua keluarga masih tinggal di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Betong.

Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman, berkata dua lagi pusat pemindahan banjir yang dibuka semalam iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Laka dan Dewan Terbuka Kampung Paya Nongmi ditutup 10 malam tadi setelah banjir yang melanda 12 kampung surut sepenuhnya.

Katanya pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Surau Kampung Kubang Betong pun dijangka ditutup tengah hari ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel