suria

Draf Pindaan Auku Telah Diserah Kepada KPT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) telah menyiapkan draf pindaan Auku serta menyerahkannya kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 22 Februari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Auku, Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata draf pindaan itu dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kajian yang dijalankan selama tiga bulan.

"Hasil daripada kajian tersebut, satu pindaan telah dibuat khususnya kepada Seksyen 15 Akta Auku serta beberapa seksyen lain yang berkaitan setelah melalui beberapa proses rundingan awam dan maklum balas daripada pemegang taruh," katanya.

Nik Ahmad Kamal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa serta pengawai-pengawai KPT yang terlibat dalam proses pindaan tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain