Cassa Buat Laporan SPRM Berhubung Tender Kutipan Sampah Di Selangor - Semasa | mStar

Cassa Buat Laporan SPRM Berhubung Tender Kutipan Sampah Di Selangor

SHAH ALAM: Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) pada Jumaat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemberian tender kutipan sampah di negeri Selangor.

Presiden Cassa, Datuk Dr Jacob George berkata pihaknya membuat laporan itu tanpa niat jahat sebaliknya untuk mendapatkan keadilan.

"Saya dicabar oleh pimpinan kerajaan negeri Selangor (untuk dedahkan dokumen) dan saya telah kemukakan dokumen berkaitan kepada SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di pejabat SPRM Selangor di sini.

Jacob dalam pada itu turut memberi tempoh 48 jam kepada kerajaan Selangor untuk membekukan tender kutipan sampah atau pihaknya akan mendedahkan perkara yang berlaku dalam pemberian kontrak berkenaan melalui siri ceramah di seluruh negeri itu.

Selain itu, beliau berkata selepas pendedahan yang dibuat pihaknya pada Rabu lepas, beliau menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan ada pihak yang meletakkan sampah dengan pemetik api di atas keretanya.

Pada Rabu lalu, Cassa membuat laporan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa dalam proses pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain