suria

Trafik Sesak Dari Plaza Tol Sungai Besi Ke Pusat Bandar

KUALA LUMPUR: Trafik mengalami kesesakan di plaza tol Sungai Besi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke pusat bandar pagi ini berikutan penutupan terowong SMART sejak pukul 8 malam Rabu.

Jurucakap PLUS ketika dihubungi memaklumkan kesesakan tersebut dikesan sejak 6.30 pagi tadi namun laluan menghala ke Seremban berjalan lancar.

Sementara itu Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan terowong itu ditutup kepada lalulintas mulai 8 malam berikutan hujan lebat di samping membolehkan operasi banjir SMART dijalankan.

"Kami merayu pemandu kenderaan bersabar dan bekerjasama selain mematuhi arahan mengenai penutupan terowong melalui pengumuman media, pelbagai papan tanda arahan, laman sesawang Smart Tunnel www.smarttunnel.com.my; twitter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain