suria

Protes Lynas: Menteri Sedia Dengar Pandangan

PUTRAJAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili akan mendengar rayuan Tan Boon Teet dan lima orang rakannya berhubung isu kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Menurut satu kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan pada Khamis, kumpulan itu melalui syarikat peguam mereka, Tetuan Bastian Vendargon, telah merayu agar menteri menyemak kembali keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang mengeluarkan lesen operasi sementara kepada Lynas (M) Sdn Bhd.

Rayuan dibuat di bawah peraturan Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom (Akta 304).

Notis memberitahu tarikh mendengar rayuan itu telah dihantar kepada firma guaman berkenaan hari ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain