suria

Penunggang Wanita Maut Motosikal Rempuh Kereta

KUANTAN: Seorang penunggang wanita maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di Km 11, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Pantai Batu Hitam di sini malam Rabu.

Nur Hazwani Hamzah, 23, dari Temerloh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara rakannya, seorang wanita berusia 20-an hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, motosikal yang dinaiki mangsa secara tiba-tiba merempuh kereta yang dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kemaman di simpang ke Pantai Batu Hitam.

Siasatan awal mendapati kedua-dua wanita itu tidak memakai topi keledar ketika kejadian, katanya.

Mohamed Fauzi berkata, pemandu yang berusia 30-an tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain